Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Rekod vaksinasi tidak jadi syarat keluar, masuk negara

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Bermula 15 September ini, vaksinasi COVID yang lengkap tidak lagi menjadi syarat bagi perjalanan keluar dan masuk negara, memandangkan Negara Brunei Darussalam telah dianggarkan mempunyai kadar imuniti yang tinggi berikutan kadar vaksinasi COVID yang tinggi dan jumlah penduduk yang dianggarkan telah dijangkiti COVID.

    “Ini adalah berdasarkan penilaian bahawa perjalanan keluar dan masuk negara tidak lagi mempunyai impak yang signifikan kepada penularan jangkitan di negara ini.”

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof memaklumkan mengenai pengemaskinian syarat-syarat perjalanan keluar dan masuk negara selain pengemaskinian sukat-sukat langkah pengawalan dalam negara, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin turut mengumumkan bahawa rakyat dan penduduk negara ini serta warga asing yang hendak kembali atau memasuki Negara Brunei Darussalam tidak lagi dikehendaki untuk mengisikan Borang Deklarasi Ketibaan.

    Bagaimanapun, “Rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang hendak membuat perjalanan keluar negara dan warga asing yang hendak membuat perjalanan masuk ke negara ini masih dikehendaki untuk memiliki insurans perjalanan yang sah yang meliputi perlindungan rawatan COVID.”

    Beliau menambah, rakyat Negara Brunei Darussalam yang hendak membuat perjalanan keluar negara juga dikehendaki untuk membuat pendaftaran maklumat perjalanan keluar negara melalui MFA e-Register di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa waktu beroperasi di pos-pos kawalan Negara Brunei Darussalam ditambah dua jam iaitu dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

    Yang Berhormat Menteri di JPM semasa memaklumkan mengenai pengemaskinian syarat perjalanan keluar dan masuk negara. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -