Remaja 15 tahun singkirkan Khairul Anuar di Piala Asia

KUALA LUMPUR, 10 JUN – Jaguh memanah Malaysia, Khairul Anuar Mohamad menerima tamparan hebat apabila disingkirkan pemanah muda Bangladesh, Prodipta Chakma, pada pusingan pertama acara recurve individu lelaki di Piala Asia 2021 di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Khairul Anuar, 29, yang menduduki ranking ke-10 dunia acara recurve itu, gagal menyaingi kehebatan panahan Prodipta apabila tewas 6-4 seterusnya menyaksikan pemanah berusia 15 tahun berkenaan mara ke peringkat suku akhir. Dua lagi wakil negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin  turut tersingkir pada pusingan pertama. – Bernama