Remaja ancam masjid ditahan

WELLINGTON, 4 MAC – Polis New Zealand menahan remaja lelaki berusia 19 tahun berhubung ancaman ‘menjijikkan’ minggu ini terhadap satu masjid di Christchurch yang disasarkan dalam tembakan rambang, tahun lalu.

Mesej menakutkan yang dibuat pada aplikasi penghantaran mesej sulit itu menunjukkan lelaki dengan topi penutup muka dan leher duduk di dalam kereta, luar Masjid Al Noor disertai mesej ancaman dan emoji pistol. – AFP