Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Remaja Australia dikhuatiri maut dalam penjara Syria

    SYDNEY, 18 JULAI – Seorang remaja Australia dipercayai meninggal dunia dalam sebuah penjara Syria selepas ditahan selama tiga tahun, kata keluarganya hari ini ketika mereka merayu penghantaran pulang tahanan wanita dan kanak-kanak lainnya.

    Yusuf Zahab, 17, meninggal dunia akibat ‘punca tidak pasti’ di timur laut Syria di penjara Al-Sinaa, kata pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

    Pasukan diketuai Kurdish telah menahan suspek IS di penjara itu, yang merupakan lokasi pertikaian tegang antara pejuang IS dan tentera disokong AS awal tahun ini.

    “Kami kecewa dan marah. Yusuf tidak perlu mati dengan cara ini. Kerajaan Australia sebelumnya tahu mengenai kesukaran Yusuf selama lebih tiga tahun itu,” kata keluarga Zahab dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh hak asasi kemanusiaan (HRW).

    Dilahirkan di Sydney, Zahab berusia 11 tahun semasa dibawa ke Syria oleh ahli keluarga sebelum ditahan oleh Pasukan Demokratik Syria pada 2019.

    Kanak-kanak itu sebelumnya merayu bantuan dalam mesej audio yang disiarkan oleh kumpulan HRW dan memberitahu telah melihat banduan kanak-kanak lain dibunuh di hadapannya semasa serbuan dalam penjara.

    Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia berkata ia masih lagi menyiasat pengesahan kematian itu dan menawarkan bantuan konsulat kepada keluarga berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...