Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Remaja ditahan tikam wanita Israel

-

BAITULMAQDIS, 8 DIS – Polis Israel menahan seorang remaja perempuan Palestin berusia 14 tahun dari sebuah sekolah di timur Baitulmaqdis hari ini kerana disyaki menikam seorang wanita Israel di belakang, kata polis.

Serangan berlaku di kawasan Sheikh Jarrah, di mana peneroka Israel telah melancarkan kempen untuk mengusir penduduk Palestin dengan rumah mereka milik penduduk Yahudi sebelum perang kemerdekaan Israel pada 1948.

“Hasil pemburuan polis dengan bantuan helikopter, suspek, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, ditemui di dalam institusi pendidikan yang terletak beberapa ratus meter dari lokasi serangan,” menurut kenyataan polis.

Mangsa, 26, sedang berjalan bersama anaknya pada masa serangan, kata polis.

Dia dimasukkan ke Hospital Mount Scopus Hadassah dengan pisau sepanjang satu kaki di belakangnya, kata pengarah pembedahan Haggi Mazeh. Beliau menyifatkan keadaannya sebagai ‘tidak serius’ dan berkata dia boleh keluar dari hospital lewat hari ini.

Polis bertebar di Sheikh Jarrah selepas insiden pada 7:30 pagi. Mereka berkata mereka turut menahan ‘beberapa wanita bersama suspek’ pada masa dia diberkas. – AFP

Anggota keselamatan Israel menahan seorang wanita muda dari sebuah sekolah di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis kelmarin, susulan kejadian serangan tikaman. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -