Remaja Jepun hubungi polis selepas bunuh ibu

TOKYO, 1 Jan – Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan pada Sabtu selepas mengaku membunuh ibunya dengan menggunakan tukul dan pisau, kata polis.

Jurucakap polis tempatan berkata, pelajar sekolah menengah yang namanya tidak didedahkan menelefon polis kira-kira jam 1.40 pagi (1640 GMT) pada Jumaat melaporkan dia membunuh ibunya di rumah mereka di Kurashiki, Okayama wilayah barat Jepun.

Media tempatan melaporkan, ketika pegawai penyiasat tiba di tempat kejadian, seorang wanita terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

“Dia luka di bahagian kepala serta tubuh dan di bawa ke hospital. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.48 pagi dan polis merancang melancarkan siasatan pembunuhan,” kata pegawai itu tanpa memberi penjelasan lanjut.

Polis menahan remaja itu atas dakwaan cubaan membunuh. Jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun, tetapi beberapa kes berprofil tinggi yang membabitkan anak muda meningkatkan kebimbangan orang ramai. – AFP