Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja lengkap vaksin dibenar masuk masjid

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Bagi golongan remaja yang berusia 12 tahun dan ke atas yang sudah menerima suntikan dua dos vaksin sepenuhnya adalah dibenarkan untuk memasuki mana-mana masjid di negara ini.

    Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai kebenaran golongan remaja yang sudah melengkapi dua dos vaksin bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat bersama golongan dewasa yang lain pada sidang media, petang tadi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda