Remaja mati ditembak tentera

SRINAGAR, INDIA, 13 MEI – Tentera India menembak mati seorang remaja di tempat pemeriksaan di rantau Himalaya Kashmir hari ini, kata penduduk dan pegawai, sekali gus mencetuskan bantahan dan pertempuran anti-India di rantau itu.

Pasukan Polis Simpanan India berkata lelaki itu sedang memandu sebuah kereta dan tidak menghiraukan tanda isyarat berhenti di dua tempat pemeriksaan di barat pinggir bandar Srinagar, bandar utama rantau. Ia berkata tentera bimbang berlakunya sabotaj disebabkan konvoi tentera kebetulan melaluinya pada masa itu.

Ia berkata dalam kenyataan bahawa tentera menembak mangsa ‘apabila kereta tidak berhenti meskipun tembakan amaran dilepaskan.’ – AP