Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Remaja maut dalam insiden tembakan sekolah

    PHILADELPHIA, 28 SEPT – Seorang remaja berusia 14 tahun terbunuh, manakala empat lagi pelajar cedera dalam insiden tembakan berhampiran padang sebuah sekolah di barat laut Philadelphia selepas perlawanan bola sepak, semalam.

    Menurut polis, pemain sedang berjalan keluar dari padang itu sebelum sekurang-kurang dua individu disyaki melepaskan tembakan kira-kira jam 4:30 petang semalam dan melarikan diri.

    Tembakan itu mengenai dada seorang remaja berumur 14 tahun yang kemudian disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Einstein. Selain itu, seorang mangsa berusia 17 tahun terkena tembakan di lengan dan kaki, manakala seorang lagi remaja berumur 14 tahun terkena tembakan di paha, namun kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung pelajar keempat yang turut dikejarkan ke hospital. Seorang pelajar lain terkena geseran peluru dan dirawat di tempat kejadian. – AP

    Penyiasat bekerja di tempat kejadian di mana beberapa orang ditembak berdekatan sebuah sekolah tinggi di Philadelphia pada 27 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...