Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Remaja maut dalam letupan hentian bas

    BAITULMAQDIS, 23 NOV – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 14 cedera dalam dua letupan berasingan hari ini, yang menyasarkan perhentian bas di Baitulmaqdis, menurut pegawai keselamatan dan perubatan.

    Letupan di perhentian bas di pintu keluar barat dari Baitulmaqdis membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan mencederakan 11 yang lain, manakala letupan di perhentian lain tidak jauh dari situ merosakkan sebuah bas dan mencederakan tiga orang.

    Menurut polis, dua letupan itu berlaku selang setengah jam dan pakar bahan letupan dan forensik berada di tempat kejadian bagi mengumpul bukti dan mengimbas kawasan untuk mengesan suspek.

    Hospital Shaare Zedek di Baitulmaqdis berkata seorang lelaki meninggal dunia akibat kecederaan teruk dalam letupan pertama, manakala doktor sedang merawat seorang lagi dalam keadaan kritikal, dua cedera parah dan dua cedera ringan.

    Sementara itu, pusat perubatan Hadassah berkata ia sedang merawat enam orang yang cedera dalam letupan pertama dan tiga orang lagi cedera ringan dalam letupan kedua. – AFP

    Polis Israel memeriksa tempat berlakunya letupan di perhentian bas di Baitulmaqdis, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...