ORLANDO, FLORIDA, 25 MAC – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terjatuh dan maut selepas menaiki permainan sebuah taman hiburan di Orlando, kata pegawai syerif.
Pegawai syerif dan kru kecemasan menjawab panggilan kelmarin di Icon Park, yang terletak di daerah pelancongan bandar di sepanjang International Drive.
Remaja lelaki itu terjatuh dari permainan Orlando Free Fall, yang dibuka lewat tahun lalu.
Dia dibawa ke hospital, di mana dia meninggal dunia, kata pegawai sheriff.
Tiada butiran tambahan mengenai remaja itu atau kejadian itu dikeluarkan serta-merta.
Permainan itu setinggi 430 kaki dan dianggap sebagai menara Free Fall tertinggi di dunia, menurut laman sesawang taman itu. – AFP