Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Remaja maut selepas dirogol, dibakar

    LUCKNOW, 20 SEPT – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai kemudian dibakar oleh dua orang lelaki, telah meninggal dunia di hospital, polis memberitahu AFP hari ini.

    Remaja itu adalah dari golongan Dalit, kasta paling rendah dalam sistem kasta Hindu yang sering menghadapi penganiayaan termasuklah keganasan seksual di negara yang mempunyai kadar jenayah tinggi terhadap wanita.

    Kematiannya pada Isnin berlaku kurang seminggu selepas dua lagi adik beradik golongan Dalit berusia 15 dan 17 tahun, ditemui tergantung di sebatang pokok selepas dikatakan diserang secara seksual dan dibunuh oleh enam orang lelaki.

    Kedua-dua insiden itu berlaku di negeri miskin utara, Uttar Pradesh, yang mempunyai populasi kira-kira 230 juta orang, di mana jenayah serupa sering menjadi tajuk berita. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...