Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja maut selepas jatuh dari tingkat tiga

    NEW DELHI, 19 Sept – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Uttar Pradesh, utara India, lapor agensi berita China Xinhua.

    Bagaimanapun, keluarga remaja berkenaan mendakwa mangsa sebenarnya ditolak oleh seseorang dan mahu polis menjalankan siasatan terperinci.

    Kejadian berlaku di sebuah sekolah di daerah Deoria, kira-kira 318 kilometer di timur Lucknow, Uttar Pradesh.

    “Di Kolej Modern Montessori Inter di sini semalam seorang pelajar kelas XI pergi ke tandas di tingkat tiga. Beberapa minit selepas itu dia ditemui terbaring berlumuran darah di tingkat bawah bangunan sekolah berkenaan,” kata seorang pegawai polis.

    Pelajar itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

    Bapa mangsa membuat laporan polis, mendakwa anaknya ditolak dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.

    Ketika kejadian sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berkenaan didapati tidak berfungsi.

    Minggu lepas kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dengan kelaran di lehernya di tandas sekolahnya di Haryana. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda