Remaja Pakistan cipta kasut pintar OKU penglihatan

PESHAWAR, 19 OKT – Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan kini boleh berjalan dan mengetahui halangan di hadapan mereka, apabila seorang remaja Pakistan mencipta ‘kasut pintar’ yang boleh mengesan getaran atau bunyi.

Kasut yang akan bergetar dan berbunyi dalam radius 120 sentimeter dicipta oleh remaja dikenali dikenali sebagai Wasiullah, 17, dari Lembah Swat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa mula memasuki dunia inovasi apabila memperbaiki mainan dengan bateri yang rosak, lapor Arab News.

“Orang cacat penglihatan tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjalan dengan kasut pintar yang dipasang dengan alat sensor ultrasonik,” katanya. Guru fizik, Muhammad Farooq, berkata Wasiullah merupakan pelajarnya yang paling cemerlang malah pernah merancang untuk menghasilkan kerusi roda baru dengan alat pandu arah, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kekangan kewangan.

“Saya yakin dia berpotensi untuk muncul sebagai saintis terkemuka jika dia mendapat bimbingan dan peluang.

“Kasut pintar untuk orang cacat penglihatan ada di negara asing tetapi harganya mahal. Kerajaan harus mendapatkan projek ini dan berusaha untuk komersialkannya kerana kasut yang dibuat oleh Wasiullah lebih murah,” jelasnya. – Agensi

Wasiullah menunjukkan kasut pintar untuk OKP penglihatan yang diciptanya. – Agensi