Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel

    RAMALLAH, 5 SEPT – Seorang remaja lelaki Palestin berusia 19 tahun ditembak mati oleh tentera Israel hari ini di Qabatiya, selatan Jenin di Tebing Barat.

    Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, berkata Taher Mohamed Zakarneh ditembak mati oleh tentera Israel di Qabatiya.

    Mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital akibat terkena tembakan di kepala, kaki kanan dan betis kiri selain mengalami kesan melecur.

    Tentera Israel berkata ia ‘menjalankan operasi memerangi keganasan di bandar Jenin dan di bandar Qabatiya serta menahan lima individu dikehendaki yang disyaki melakukan kegiatan pengganas’.

    “Semasa serbuan itu, rusuhan ganas tercetus. Perusuh membaling batu, bahan letupan dan bom molotov ke arah pasukan selain kedengaran tembakan di kawasan berkenaan.

    “Askar kemudian menyerang balas dengan tembakan peluru hidup, beberapa tembakan dikenal pasti kena pada sasaran,” katanya.

    Seramai 17 individu ditangkap dalam serbuan semalaman di seluruh Tebing Barat, kata tentera Israel.

    Semalam, lelaki bersenjata warga Palestin dan Arab-Israel mencederakan enam askar Israel dan seorang awam apabila mereka menyerang sebuah bas berhampiran bandar Tubas di Tebing Barat. – AFP

    Anggota kumpulan Islamic Jihad Palestin mengambil bahagian dalam pengebumian Taher Zakarneh, remaja yang terbunuh semasa pertempuran dengan tentera Israel di bandar Qabatiya, berdekatan Jenin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...