Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Remaja pecah masuk rumah dihukum penjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Mahkamah Perantaraan pada kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun empat bulan serta dua kali sebatan terhadap seorang lelaki tempatan kerana memecah masuk rumah seseorang dengan tujuan untuk mencuri.

    Mohammad Nazmenizam bin Abdullah, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah rumah dan mengakui kenyataan fakta yang didedahkan di mahkamah oleh Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid.

    Hakim Pengiran Masni Pengiran Haji Bahar dimaklumkan bahawa defendan bekerja hampir setahun di sebuah gerai makan yang terletak di Bangunan Koperasi Tanjong Maya, Tutong.
    Pendakwa Raya Syafina berkata, siasatan polis telah merungkai bahawa pada 3 Julai ketika bekerja di gerai makanan itu, defendan menyedari bahawa majikannya keluar dari gerai bersama seorang tukang masak dari gerai lain di premis sama.

    Dia kemudian pergi ke belakang bangunan dan menuju ke rumah yang diketahuinya disewa oleh tukang masak yang baru keluar tersebut di mana dia telah menggunakan garpu yang dibawanya untuk memecah masuk ke rumah tersebut.

    Selepas mencari barang untuk dicuri, dia mengambil telefon bersama kotak dan pengecasnya, lalu kembali bekerja dan menyembunyikannya di dalam kabinet bilik stor gerai.

    Defendan membawa barang curi itu setelah selesai kerja dan berjaya menjualnya kepada pembeli yang tidak dikenali melalui Facebook.

    Mangsa menyedari bahawa seseorang telah memecah masuk biliknya dan telefonnya hilang.

    Mangsa membuat laporan polis dan akhirnya membawa kepada penangkapan defendan.
    Pendakwa Raya Syafina turut memaklumkan mahkamah bahawa defendan mempunyai rekod sabitan kesalahan sebelumnya yang berkaitan pecah rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...