Remaja Perancis perlu pas kesihatan di tempat awam

PARIS, 30 SEPT – Perancis hari ini mewajibkan remaja berusia 12 tahun dan ke atas menunjukkan ‘pas kesihatan’ COVID-19 sebelum memasuki tempat awam seperti restoran, kelab sukan atau pawagam, melanjutkan langkah yang telah pun dilaksanakan untuk orang dewasa selama dua tahun.

Walaupun kes COVID-19 telah menurun sejak Ogos, pihak berkuasa berharap dapat mengawal jangkitan daripada meningkat sekali lagi menjelangnya musim sejuk dan penduduk menghabiskan lebih banyak masa di rumah. Pas, boleh diperoleh dalam bentuk kertas atau kod QR di telefon, membuktikan vaksinasi, ujian negatif COVID-19 terbaharu atau inokulasi di-sebabkan seseorang individu telah pun dijangkiti virus itu. Diumumkan oleh Presiden Emmanuel Macron pada Julai, ia mendorong jutaan orang mendapatkan suntikan vaksin selepas ditangguhkan selama beberapa bulan, sekali gus memberikan Perancis salah satu kadar vaksinasi tertinggi di dunia.

Namun ribuan orang telah keluar dalam bantahan mingguan, berkata pas tersebut mendiskriminasikan orang yang menentang vaksin disebabkan kebimbangan keselamatan atau sebab lain. – AFP