NAVASOTA, Texas, 16 Mac – Ibu kepada remaja berusia 19 tahun berkata anak perempuannya telah terkorban apabila dia dilanggar oleh kereta api semasa sedang bergaya untuk gambarnya diambil di landasan kereta api dalam bidaan untuk memulakan karier modeling.
Hakamie Stevenson memberitahu akhbar The Eagle yang anak perempuannya itu, Fredzania Thompson, mendaftar di Kolej Blinn di Bryan, Texas, namun ingin menangguhkan pendidikannya dahulu untuk memulakan karier modeling.
Pihak berkuasa berkata Thompson sedang berdiri antara dua set landasan pada Jumaat di Navasota apabila kereta api BNSF Railway sedang menghampiri.
Dia berpindah dari landasan kereta api itu namun jelasnya tidak menyedari bahawa kereta Union Pacific juga datang dari arah bertentang di landasan lain dan telah dilanggar.
Orang yang mengambil gambar Thompson itu tidak mengalami kecederaan. – AP