Remaja Rusia kejutkan No.1 dunia

SYDNEY, 10 Jan- Pemain remaja dari Rusia, Daria Kasatkina (gambar) menjejaskan persediaan Terbuka Australia bagi Angelique Kerber dengan kemenangan mengejut ke atas pemain nombor satu dunia itu di Antarabangsa Sydney hari ini.

Pemain itu, 19, ranking ke-26, mengukuhkan potensinya dengan permainan meyakinkan untuk menyingkirkan pemain dari Jerman itu, 7-6 (7/5), 6-2 pada pertandingan pusingan kedua dalam keadaan yang panas.

Hanya minggu lalu, Kasatkina mengikat mata penamat sebelum tewas kepada juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza pada pusingan kedua di Antarabangsa Brisbane.

Sementara dia meneruskan kebangkitannya, rentak Kerber menjadi kebimbangan menjelang pembukaan Grand Slam tahun ini pada minggu depan, setelah tewas kepada Eklina Svitolina dari Ukraine, 6-4, 3-6, 6-3 dalam suku akhir di Antarabangsa Brisbane minggu lalu.

Kerber, yang mencatatkan kejayaan pada tahun 2016, memenangi dua Grand Slam dalam laluannya untuk menjadi pemain nombor satu dunia, bergelut untuk mencari rentak dan pukulan ‘forehand’ tersasar.

Ditanya mengenai emosinya selepas kemenangan terbesarnya, Kasatkina berkata di tepi gelanggang: “Sukar untuk menjelaskan kerana saya menewaskan pemain nombor satu dunia dan ia tidak berlaku pada setiap hari. Saya rasa saya mendapatkan beberapa keyakinan.” – AFP