Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Rempuhan di stadium ragut satu jiwa

    DAR ES SALAAM, 29 MEI – Seorang peminat bola sepak maut kelmarin manakala 30 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Stadium Benjamin Mkapa di Dar es Salaam, Tanzania.

    Rempuhan itu berlaku apabila peminat bola sepak berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Konfederasi CAF antara Tanzania dan Algeria, lapor Xinhua.

    Menteri Kesihatan Ummy Mwalimu mengesahkan seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera. Pasukan belia Algeria memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1 dan pusingan akhir kedua akan diadakan di Algiers. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...