Remy Ishak usik peminat menari lagu kpop

Satu rakaman memaparkan empat orang jejaka menari mengikut rentak lagu How You Like That nyanyian kumpulan Blackpink menjadi tular di media sosial.

Video itu menjadi bualan warganet berikutan salah seorang penari dikatakan memiliki wajah seiras dengan pelakon Remy Ishak.

Terhibur dengan komen warganet di laman Twitter, Remy memuat naik status mengusik peminatnya dengan memberitahu itu merupakan video lama tariannya.

“Aduh… viral pulak video lama saya,” tulis Remy.

Menerusi video berkenaan, empat orang lelaki menari mengikut rentak lagu Kpop popular nyanyian Blackpink berjudul How You Like That.

Perkongsian Remy itu menerima lebih 3,000 retweet dan lebih 6,000 komen. Rata-rata pengikut terhibur dengan status yang ditulis oleh Remy mengenai video tersebut.

“Pecah perut saya gelak tak habis-habis tengok video ini sambil membayangkan yang lelaki tu kebetulan rupa abang.

“Itu lagu tahun 2020 la bang… tak sangka pandai menari. Diam-diam minat Blackpink rupanya.

“Masalahnya ini lagu baru abang Remy. Eleh, padahal abang Remy malu nak beritahu orang yang abang ni penari Kpop kan?,” komen sebahagian warganet. – Agensi

Remy Ishak membuatkan peminat terhibur dengan memuat naik status mengusik peminatnya bahawa video tarian tersebut merupakan video lamanya. – Agensi