Renault benarkan kakitangan bercuti

PARIS, 12 APRIL – Renault menjadi pasukan Formula Satu yang terbaharu untuk membenarkan kakitangan bagi mengambil cuti tatkala sukan tersebut terus berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang besar disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Pengilang dari Perancis berkata “kebanyakan kakitangan mereka (yang berada di pangkalan Enstone di United Kingdom) akan berkuat kuasa menjalankan perintah berkurung secara penuh sehingga 31 Mei,” menurut satu kenyataan.

Kakitangan di bahagian pengurusan enjin di Viry-Chatillon di pinggir Paris akan ditempatkan ‘dalam jadual bekerja sementara untuk tempoh 12 minggu sahaja’.

Renault mengikut jejak musuh Williams, Racing Point dan McLaren dalam membenarkan kakitangan untuk bercuti selepas sembilan dari 22 perlumbaan yang dijadualkan dalam kejohanan dunia telah ditunda atau dibatalkan.

Musim ini tidak akan bermula sehingga Grand Prix Perancis bermula pada 28 Jun dalam tarikh yang paling awal.

“Ia telah dipersetujui untuk menambah jumlah yang diberikan oleh kerajaan Britain bagi menjamin minimum 80 peratus dari gaji sebenar kesemua ahli pasukan,” menurut Renault dalam kenyataan berhubung dengan skim pengekalan pekerjaan di UK.

“Gaji bagi kakitangan yang aktif, termasuk pengurusan, akan dikurangkan dalam jumlah yang sama.” Ketua pasukan Renault, Cyril Abiteboul berkata langkah tersebut diperlukan untuk menjaga pasukan. – AFP