Renault hadapi pemegang saham

PARIS, 12 JUN – Ketua pengeluar kereta Perancis Renault dijangka menghadapi sesi soal jawab oleh pemegang saham hari ini ekoran kegagalan pelan gabungan dengan Fiat Chrysler, dan gabungannya dengan Nissan dibelenggu krisis baharu.

Renault telah mengaitkan strateginya dengan perkongsian bersama Nissan namun gabungan tersebut telah menerima tekanan ekoran penahanan dan penyingkiran mengejutkan Carlos Ghosn, yang telah memberi kesan teruk kepada pemegang saham.

Sejak penahanan Ghosn pada November, yang membina gabungan dengan Nissan dan Mitsubishi untuk menjadi syarikat kereta paling laris di dunia, saham dalam Renault telah merosot kepada tahap paling rendah sebanyak 55 euro.

Kegagalan gabungan yang dicadangkan pada minggu lalu dengan Fiat Chrysler telah memberi tamparan hebat kepada Renault.

Krisis tersebut berlaku tatkala pengeluar kereta di seluruh dunia bergelut dengan peralihan kepada kenderaan elektrik dan hibrid, dengan industri membelanja berbilion dolar untuk menghasilkan teknologi yang lebih bersih, tanpa sebarang pulangan terjamin. – AFP

Dalam gambar fail pada 12 Mac 2019, presiden dan CEO Nissan Motors Hiroto Saikawa (kanan) melihat pada pengerusi Renault Jean-Dominique Senard (kiri) ketika satu sidang akhbar di ibu pejabat Nissan di Yokohama, wilayah Kanagawa. Jean-Dominique Senard dijangka berdepan dengan pemegang saham pada perhimpunan agung pada 12 Jun 2019. – AFP