Renault kurangkan 15,000 pekerjaan

PARIS, 29 MEI – Renault hari ini berkata mereka akan mengurangkan hampir 15,000 pekerjaan, termasuk 4,600 pekerjaan di operasi utamanya di Perancis, ketika mereka berusaha untuk mendapatkan kembali kedudukan mereka setelah penurunan penjualan kereta dan beralih kepada kenderaan elektrik.

“Dalam konteks ketidakpastian dan kerumitan, projek ini sangat penting untuk menjamin prestasi yang mantap dan mampan,” kata CEO interim, Clotilde Delbos, dalam satu kenyataan.

Rancangan pemotongan kos, yang diumumkan kepada wakil buruh kelmarin, menyasarkan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak dua bilion euro selama tiga tahun akan datang.

Empat kawasan produksi di Perancis mungkin akan ditutup atau diubahsuai, menurut pengeluar kenderaan, dan kilang di Flins, Barat Laut Paris akan terhenti menghasilkan kereta elektronik Zoe ‘hatchback’ mulai 2024.

Tambahan 10,000 pekerjaan akan dikurangkan di luar Perancis, dengan rancangan pembesaran kini terhenti di Maghribi dan Romania, dan di Rusia masih dikaji semula.

Secara keseluruhan, kapasiti pengeluaran Renault akan mengecup kepada 3.3 juta kenderaan bagi empat tahun akan datang, dari empat juta ketika ini.

“Kami mahu menjana ekonomi berskala untuk mengembalikan keuntungan keseluruhan dan memastikan pembangunan kami di Perancis dan antarabangsa,” kata Delbos.

Renault yang bergolak sejak penangkapan bekas ketua, Carlos Ghosn pada tahun 2018, menyebabkan kerenggangan dengan rakan dari Jepun, Nissan dan Mitsubishi.

Selepas pemecatan Ghosn, penggantinya, Thierry Bollore dipaksa keluar beberapa bulan kemudian, kemudian bekas ketua Michelin Jean-Dominique Senard untuk membawa kursus baharu untuk pembuatan kereta dan memperbaiki ikatan yang renggang. “Perubahan yang dirancang adalah asas untuk memastikan kesinambungan syarikat,” kata Senard dalam kenyataan hari ini. – AFP

Renault berkata mereka akan mengurangkan hampir 15,000 pekerjaan, termasuk 4,600 pekerjaan di operasi utamanya di Perancis akibat penurunan jualan kereta. – AP