Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Renault perkenal empat model baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Maju Motors Sdn Bhd, pengedar kenderaan Eropah di Brunei Darussalam telah meraikan kepulangan kenderaan Renault dengan pengenalan empat model untuk pasaran tempatan.

    Model-model tersebut adalah Renault Kwid RXT, Climber, Triber dan Kiger yang kesemuanya tampil dengan ciri-ciri elegan, berkualiti, jimat bahan api serta prestasi hebat dan harga mampu milik.

    Model yang paling popular daripada empat model tersebut ialah Renault Kwid RXT, yang bukan sahaja didatangkan dengan harga menarik, ia juga mempunyai ciri-ciri teknologi futuristik untuk memberikan keselesaan unggul tanpa menjejaskan gaya.

    Sementara itu, Renault Triber ialah kenderaan yang luas, ultra-modular, jimat bahan api dengan bahagian dalaman yang menarik digabungkan dengan ciri moden dan praktikal.

    Kereta ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang dengan selesa dan dilengkapi fleksibiliti ruang bagasi yang unik.

    Manakala Renault Kiger ialah kenderaan SUV yang menakjubkan, pintar dan sporty dan dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L pengecas turbo bertaraf dunia untuk prestasi lebih tinggi.

    Dengan gayanya yang tersendiri, reka bentuk moden dan seni bina yang lasak, Renault Kiger akan kelihatan menonjol di atas jalan.

    Sempena dengan pelancaran model Renault berkenaan, cabutan bertuah Win a Renault Kwid Climber juga akan diadakan. Dengan pembelian sebarang model Renault mulai sekarang hingga 5 Januari 2023, pelanggan layak memenangi hadiah utama Renault Kwid Climber atau hadiah sagu hati terdiri daripada peralatan rumah, baucar dan banyak lagi semasa acara Cabutan Besar yang akan diadakan pada 6 Januari 2023.

    Bahagian dalam kenderaan Climber yang luas dan canggih.
    Renault Kwid RXT adalah antara model paling popular yang diperkenalkan. – Gambar serahan Maju Motor Sdn Bhd

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...