Renault sekat rombakan pentadbiran

TOKYO, 10 JUN – Pengeluar kereta Perancis Renault telah mengingatkan rakan gabungannya Nissan bahawa ia akan menyekat pelan firma kereta Jepun untuk membaik pulih struktur pentadbirannya, Nissan mengesahkan hari ini, satu tindakan yang dianggapnya amat ‘dikesali.’

Dalam satu kenyataan, firma Jepun berkata ia telah menerima sepucuk surat daripada Renault ‘menandakan hasrat untuk mengelak daripada mengundi,’ satu tindakan yang akan bermakna perubahan yang dicadangkan mempunyai kurang dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk diluluskan.

“Nissan mendapati keputusan Renault dalam isu ini amat dikesali, kerana dasar sedemikian bertentangan dengan usaha syarikat untuk mempertingkat pentadbiran korporatnya,” kata CEO Hiroto Saikawa dalam satu kenyataan.

Keputusan Renault, pertama dilaporkan oleh Financial Times, diambil disebabkan kebimbangan perubahan pentadbiran mungkin mengurangkan pengaruhnya, kata akhbar. – AFP