Renault sertai projek pembangunan bateri Perancis-Jerman

PARIS, 25 MEI – Renault akan menyertai projek pembangunan bateri Perancis-Jerman bagi menerima pinjaman penyelamat kerajaan yang bernilai lima bilion euro, kata Menteri Kewangan, Bruno Le Maire hari ini.

“Renault perlu membuat komitmen untuk menjadi pemegang saham dalam pakatan bateri elektrik. Ini adalah salah satu subjek yang masih dirundingkan,” Le Maire memberitahu televisyen BFM.

Syarikat pengeluar kereta, yang mana negara Perancis memegang 15 peratus saham, bakal melancarkan peningkatan operasi minggu ini serta kerjasama dengan Nissan dan Mistubishi, berikutan penurunan penjualan dan keuntungan disebabkan oleh krisis koronavirus.

Beberapa tapak pengeluaran Perancis mungkin akan ditutup dan Le Maire mengakui bahawa kerajaan tidak akan meminta Renault untuk memberhentikan pemotongan pekerjaan sebagai syarat untuk menerima pelepasan keluar, dengan menyatakan ‘proklamasi besar’ yang dibuat pada masa lalu telah gagal.

Kebanyakan modal Renault dihasilkan di luar Perancis di negara-negara dengan kos pengeluaran yang lebih rendah, dan syarikat itu pada Jumaat akan mengemukakan perincian janji untuk mengurangkan kos sebanyak dua juta euro lagi. Presiden Emmanuel Macron juga merancang untuk membuat ‘pengumuman penting’ pada Selasa untuk menyokong industri automotif, yang telah terjejas dengan penutupan kilang dan penutupan pengedaran di seluruh dunia akibat penularan COVID-19. – AFP

Renault akan menyertai projek pembangunan bateri Perancis-Jerman bagi menerima pinjaman penyelamat kerajaan yang bernilai lima bilion euro. – AFP