Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rendang pernah ‘memisahkan’ tetapi kini ‘menyatukan’

    Oleh Mohd Shukri Ishak

     

    JAKARTA – Banyak kali masyarakat Indonesia menghamburkan rasa marah terhadap Malaysia meskipun kerana ‘masalah sepele’ (remeh temeh).

    Sering menjadi sasaran kemarahan mereka ialah Kedutaan Besar Malaysia yang terletak di Jalan Rasuna Said di Kuningan yang menjadi saksi kepada pelbagai siri demonstrasi berkaitan isu yang berbangkit. Masalah sepele itu termasuklah asal usul masakan rendang.

    Pada 2010, Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) Indonesia mengambil langkah untuk mendaftarkan rendang sebagai makanan khas tradisional berasal dari Sumatera Barat dengan UNESCO.

    Kementerian itu meminta warga Indonesia agar tidak mempedulikan lagi tindakan Malaysia yang mendakwa rendang adalah warisan mereka.

    Namun apa yang berlaku baru-baru ini pastinya boleh diungkapkan dalam konteks yang berbeza apabila peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, tersingkir daripada program MasterChef UK kerana mendapat kritikan juri ‘rendang ayam yang disediakannya tidak garing’.

    Warga netizen Indonesia dalam media sosial dan aplikasi sosial turut membela keaslian rendang yang dimasak peserta dari Malaysia itu.

    Warga netizen dan media di Indonesia turut mempertikaikan kritikan juri program itu – John Torode dan Gregg Wallace dan menyokong sepenuhnya masakan peserta dari Malaysia itu.

    Media Indonesia turut menyiarkan laporan berita dan komentar mengenai isu berkenaan.

    Antaranya, Agensi berita Antara yang menyiarkan artikel bertajuk, ‘Ayam Rendang Dikritik Karena Tak Garing, Warga Malaysia Murka’ dan akhbar Kompas (Empat Negara Bersatu Bela Rendang, Netizen dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam bersatu untuk membenarkan jika rendang tidak pernah garing).

    Media Indonesia lain yang menyiarkan laporan yang sama ialah The Jakarta Post (Rendang has to be ‘crispy’, MasterChef UK moment riles up Malaysians), Tribunnews (Sebut Rendang Harusnya Dimasak ‘Crispy’, Juri Masterchef UK Buat Netizen Indonesia & Malaysia Geram!)

    Penyatuan 

    Warga netizen Indonesia dalam media sosial dan aplikasi sosial turut membela keaslian rendang yang dimasak peserta dari Malaysia itu.

    Mereka turut bersatu hati membela keaslian masakan rendang itu bersama warga netizen Malaysia.

    Warganet @wandaChacha mengatakan, “Ini pertama kalinya saya mendengar rendang ayam harus garing kulitnya. Siapa yang makan rendang ayam dengan kulit yang garing?”

    Twitter@nicoteane: “I love how Malaysians and Indonesians unite against one common enemy: uncultured s***e who dare to whitesplain rendang”.

    Isu ayam rendang garing itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman.

    Memetik kenyataan Anifah: “Kita bergaduh dan bertegang urat sehingga lupa budi bahasa. Namun ada kalanya, sesuatu perkara yang tidak dijangka muncul dan rakyat Malaysia bersatu hati dalam sesuatu perkara,” kata Anifah.

    Seperti kata satu komentar dalam media sosial di Indonesia “Masalah sepele bisa memisahkan, masalah sepele juga bisa menyatukan!” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda