Renesas beli IDT AS$6.7B

TOKYO, 11 Sept – Firma semikonduktor Jepun, Renesas, hari ini mengumumkan satu perjanjian untuk membeli IDT yang berpangkalan di California dalam satu urus niaga tunai yang dinilai pada AS$6.7 bilion.

Saham dalam Renesas melonjak 5.54 peratus selepas berita itu, sebelum merosot sedikit pada lewat pagi.

Perjanjian itu dijangka dicapai pada separuh tahun pertama depan, selepas kelulusan daripada pemegang saham IDT dan pihak berkuasa relevan, kata Renesas dalam satu kenyataan.

Renesas berkata ia merancang membiayai perjanjian dengan menggunakan pinjaman bank bernilai 679 bilion yen serta beberapa rizab tunai.

Firma Jepun itu berkata perjanjian dengan IDT, juga pengeluar semikonduktor, harus ‘memperkukuh kehadirannya dalam segmen industri dan kereta’.

Bunsei Kure, pengarah wakil presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Renesas Electronics, bercakap semasa sidang akhbar di Tokyo, kelmarin. – AFP

Renesas Electronics, pembekal cip mikropengawal kereta terbesar di dunia, ditubuhkan menerusi satu gabungan unit cip Hitachi, Mitsubishi Electric dan NEC.

Firma itu mengalami persaingan sengit daripada pesaing kos murah dan pada tahun 2013 dijamin keluar oleh dana yang disokong oleh kerajaan.

Syarikat yang mengalami kerugian itu dipaksa melaksanakan pembuangan pekerja, termasuk lebih daripada 1,000 pekerja di Eropah tetapi kembali pulih selepas penyusunan semula dan melancarkan satu kempen pemerolehan.

Pada tahun 2016, ia membeli pengeluar cip Intersil paling kecil Amerika Syarikat (AS) dengan harga AS$3.2 bilion.

“Pemerolehan Intersil membawa pelbagai bakat dan keupayaan pengurusan untuk mempercepatkan operasi global Renesas.

“Transaksi yang diumumkan hari ini melanjutkan usaha ini dan akan membekalkan Renesas dengan kecekapan seterusnya untuk melaksanakan strategi global,” kata kenyataan.

IDT, atau Integrated Device Technology, mempunyai 1,700 pekerja di seluruh dunia dan memberikan hasil pulangan berjumlah AS$842.8 juta pada 2017 hingga 2018. – AFP