Renesas sambung semula pengeluaran semikonduktor

TOKYO, 18 APRIL – Pengeluar cip Jepun Renesas semalam memulakan semula pengeluaran kira-kira sebulan selepas satu kebakaran kilang yang mengancam memburukkan lagi kekurangan bekalan cip global, menurut media.

Kebakaran pada 19 Mac di kilang berhampiran Tokyo berlaku dengan pengeluar kereta telah pun bergelut dengan masalah bekalan semikonduktor, sebahagiannya disebabkan permintaan meningkat untuk cip daripada pengeluar komputer riba, tablet dan peranti permainan.

Renesas Electronics, pembekal utama semikonduktor kereta, melihat kilangnya seluas 600 meter persegi musnah dalam kebakaran.

Syarikat berkata pada 10 April ia selesai kerja-kerja membaiki bilik pengeluaran dan mereka beroperasi semula semalam.

Jiji Press dan laporan berita lain berkata firma memulakan pengeluaran awal semalam, dengan rancangan untuk menghantar produk dalam kira-kira sebulan.

Renesas setakat ini berharap dapat memulakan operasi di unit kilang yang mengeluarkan wafer 300mm – cip utama untuk kereta moden – dalam masa sebulan. – AFP