Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Renjer maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat

    NARATHIWAT,  3 JAN – Seorang renjer maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Rangae, Narathiwat, selatan Thailand, pada Isnin. 

    Dalam insiden pada kira-kira pukul 12:45 tengahari (waktu tempatan), sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah markas renjer di Daerah Rangae. 

    Pemerintah Tentera Narathiwat, Jen. Chalermphon Khamkhiao berkata ketika kejadian, enam anggota renjer bertugas memeriksa kenderaan di perkarangan markas itu. 

    “Sekumpulan lelaki bersenjata telah mengepong markas renjer dan mula melepaskan tembakan ke arah anggota renjer yang sedang bertugas.  

    “Insiden berbalas tembakan antara renjer dan kumpulan penyerang berlanjutan kira-kira 30 minit sebelum kumpulan penyerang beredar dari tempat kejadian. 

    “Apabila keadaan reda,  seorang renjer ditemui maut manakala dua lagi cedera,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

    Beliau menambah kata bahawa dua anggota yang cedera kini menerima rawatan di Hospital  Narathiwat Ratchanakarin.  Chalermphon berkata lebih 40 kelongsong peluru bersama senjata jenis AK47 dan MA16 ditemui di tempat kejadian. 

    Sementara  itu, kira-kira 100 anggota keselamatan mempergiatkan usaha menjejaki suspek. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...