Renjer maut insiden letupan bom

PATTANI, 15 JULAI – Seorang renjer maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan bom di Daerah Mae Lan, Pattani di Selatan Thailand.

Kejadian berlaku kira-kira 7.45 pagi (waktu tempatan) semalam, apabila sebutir bom buatan sendiri tiba-tiba meletup ketika enam anggota renjer sedang menjalankan rondaan berhampiran sebuah sekolah di Kampung Lapho.

Ketua Polis Mae Lan, Kolonel amlong Suwalak berkata bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu diletakkan di tepi jalan dan diaktifkan dengan menggunakan walkie-talkie. – Bernama