Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Renjer taman selamatkan pendaki terjatuh

    TALKEETNA, ALASKA, 21 MEI – Renjer Perkhidmatan Taman Negara menyelamatkan seorang pendaki yang terjatuh dari rabung setinggi 4,800 meter di Taman Negara Denali di Alaska, kata pegawai semalam.

    Seorang renjer gunung memindahkan pendaki Jepun berusia 24 tahun itu dari satu lokasi pada ketinggian 4,602 meter, kata pegawai taman.

    Pendaki itu mengalami kecederaan ringan dan dipindahkan dengan helikopter ke hospital.

    Pendaki itu mendaki bersama rakan kongsi pada hari Jumaat, di laluan pendakian West Buttress di Denali tepat di atas garisan tetap pada ketinggian 4,937 meter.

    Rakan pendaki itu memberitahu renjer awal pagi semalam bahawa kejatuhan itu berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 11 malam, semasa mereka berada di laluan yang dikenali sebagai West Buttress ke Glasier Peters, kata agensi itu. Rakan kongsi melihat kejadian itu tetapi tidak dapat melihat di mana pendaki itu mendarat.

    Renjer memulakan pencarian dari udara dan darat untuk pendaki, tetapi keadaan cuaca mendung menghalang helikopter daripada mengakses lokasi pendaki, kata pegawai.

    Pencarian darat berpusat di Kem Pangkalan Denali paras 4,200 meter.

    Kejadian berlaku lebih seminggu selepas dua pendaki yang hilang di taman itu dianggap mati.

    Denali ialah taman seluas 2.4 juta hektar kira-kira 193 kilometer pemanduan ke utara Anchorage.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -