Rennes belasah Montpellier

PARIS, 9 MAC – Rennes mengetepikan kekecewaan mereka setelah tersingkir di pertandingan separuh akhir Piala Perancis minggu lalu dan meraih kemenangan besar dengan mengalahkan Montpellier 5-0 di Ligue 1 kelmarin serta mengekalkan jurang satu mata di atas Lille dalam mengejar kejuaraan dan melayakkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Lille berada di tempat kedua di Ligue 1 musim lalu mengekalkan dan terus memberi tekanan selepas kemenangan 1-0 ke atas Lyon.

Pemain tengah Rennes, Faitout Maouassa berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam tempoh 10 minit di Roazhon Park dan Adrien Hunou menggandakan jaringan pendahuluan buat Rennes, meskipun mereka gagal mempertahankan gelaran Piala Perancis selepas tersingkir Khamis lalu dengan kekalahan 2-1 menentang Saint-Etienne. – AFP

Reaksi pemain Rennes ketika meraikan gol keempat mereka dalam perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Montpellier Herault SC di Roazhon Park, Rennes, Perancis, semalam. – AFP