Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rentaka, kenderaan berperisai mobiliti tinggi

    KUALA LUMPUR, 8 MEI – Rentaka, itulah nama yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) yang dikeluarkan Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).

    Rentaka merupakan kenderaan HMAV 4×4 kedua negara selepas Tarantula yang dilancarkan tahun lepas yang berupaya digunakan pihak keselamatan khususnya ketika rusuhan selain mampu berperanan sebagai kenderaan penting ketika kecemasan.

    Ketua Perolehan Mildef Mohd Ruhaizat Mohd Din berkata kenderaan itu berpotensi untuk dijadikan sebagai kenderaan penting agensi penguatkuasaan negara kerana kemampuan dan saiznya yang bersesuaian.

    Beliau berkata kenderaan seberat hampir 9,000 kilogram bagi muatan penuh itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan kepakaran anak tempatan.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...