Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Rentas sempadan masih ditangguhkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Aktiviti rentas sempadan ditangguhkan lagi sementara selama 15 hari bermula 1 hingga 15 Jun ini, atas menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Ia juga adalah berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 14 Mei lalu.

    Pelanjutan penangguhan adalah bagi kemasukan warganegara asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit melintasi Negara Brunei Darussalam, kecuali bagi kemasukan atau perjalanan transit yang telah diberikan kebenaran oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam.

    Kemasukan dan perjalanan transit melalui Negara Brunei Darussalam hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam, dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa negara yang berkenaan, dengan dikenakan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada, bagi tujuan urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera.

    Turut dipertimbangkan ialah vaccinated transport operators yang berdaftar di luar negara dengan Permit Lintas Batas dikeluarkan oleh Brunei bagi penghantaran bekalan import yang penting.

    Pelanjutan penangguhan rentas sempadan juga adalah bagi perjalanan keluar dan masuk negara secara berulang alik (commuters) melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan.

    Dalam pada itu, syarat-syarat bagi pertimbangan keluar masuk yang dinyatakan adalah tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Pandu COVID-19 dari semasa ke semasa. Bagi sebarang maklumat lanjut dan terperinci, bolehlah melayari laman sesawang JPM di alamat www.pmo.gov.bn/travelportal atau menghubungi Travel Hotline di talian 120 semasa waktu bekerja ataupun melalui e-mel kepada travelapplication@jpm.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...