Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rentetan kemenangan Spurs dipanah Thunder

    LOS ANGELES, 10 Mac – Russell Westbrook menyamai catatan bagi ‘triple double’ musim biasa dengan Wilt Chamberlain ketika Pasukan Oklahoma City Thunder mencatatkan kemenangan ke atas San Antonio Spurs 102-92 semalam.

    Westbrook mencatatkan ‘triple double’ ke-31 bagi menyamai ‘triple double’ Chamberlain dalam musim NBA dalam senarai kedua terbanyak sepanjang masa, dan menghasilkannya ketika menentang Spurs yang mana merupakan antara pasukan terbaik dalam Western Conference.

    “Ia adalah satu rahmat,” kata Westbrook, yang mencipta 23 mata, 13 asis dan 13 ‘rebound’. “Saya cuba beraksi pada peringkat tertinggi. Apabila anda menyebut nama pemain seperti itu, saya tidak memandang rendah.”

    Westbrook berkata keutamaannya adalah untuk menang dan bukan mencatatkan rekod.

    “Tugas saya untuk memastikan kami keluar dengan kemenangan,” katanya.

    Pemain Oklahoma City Thunder, Russell Westbrook (0) membuat percubaan sambil cuba dihalang oleh Danny Green dari San Antonio Spurs. – AP
    Pemain Oklahoma City Thunder, Russell Westbrook (0) membuat percubaan sambil cuba dihalang oleh Danny Green dari San Antonio Spurs. – AP

    Victor Oladipo menjaringkan 20 mata dengan lapan dari 14 jaringan dari gelanggang dalam aksi keduanya sejak tidak beraksi dalam enam perlawanan kerana kecederaan belakang. Enes Kanter diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan 14 mata dan 10 ‘rebound’ ketika Pasukan Thunder menamatkan empat kekalahan berturut-turut.

    “Saya rasa kami melakukan tugasan yang bagus, terutamanya dari segi pertahanan,” kata Westbrook. “Menghasilkan impak selama 48 minit, adalah bagus.

    “Ia bermakna kami berada di laluan tepat. Jelas sepanjang musim terdapat masa anda melalui kepelbagaian. Pasukan kuat bersatu melalui kebelbagaian. Malam ini adalah salah satu malam tersebut apabila kami bersatu.”

    Jurulatih Thunder, Billy Donovan memuji Westbrook kerana menjadi contoh.

    “Dia berkata dia beraksi setiap aksi seperti ia adalah perlawanan terakhir sepanjang kerjayanya,” kata Donovan. “Saya begitu mengagumi dan menghormatinya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda