Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Repsol Oil & Gas M’sia labur RM600j

    LABUAN, 8 Feb – Repsol Oil and Gas Malaysia Ltd akan melabur kira-kira RM600 juta bagi membina dua platform minyak dan beberapa telaga penggerudian.

    Platform berkenaan akan dibina di Peninsular Malaysia 3 (PM3) berhampiran sempadan Vietnam dan di Medan Kinabalu di luar perairan Sabah.

    Pengurus Besar Kanan Komunikasi, Perhubungan Kerajaan dan Komuniti syarikat Farid Jaafar berkata projek itu juga termasuk pembinaan telaga penggerudian dan kerja-kerja projek tersebut akan bermula, masing-masing pada akhir tahun dan awal tahun depan.

    Beliau berkata projek-projek itu dijangka menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

    “Walaupun dengan kelembapan sektor minyak dan gas, Repsol masih berkembang berikutan komitmen dan strategi perniagaan kami,” katanya.

    Farid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Motivasi dan Inisiatif Repsol bagi pelajar cemerlang UPSR dan PT3 dalam kalangan komuniti nelayah di sini hari ini.

    Beliau berkata syarikat tidak melaksanakan pengurangan atau pemberhentian pekerja. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda