Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Reptilia marin era dinosaur ditemui

    BEIJING, 7 APRIL – Ahli paleontologi China dan Kanada telah melaporkan spesies reptilia marin besar yang baharu, sezaman dengan dinosaur, di selatan China.

    Kajian, yang diterbitkan hari ini dalam jurnal PeerJ, menggambarkan beberapa tulang vertebrat terdedah dalam batu kapur di wilayah autonomi selatan China, Guangxi Zhuang. Penyelidik dari Universiy of Geosiences China dan Muzium Dinosaur Philip J. Currie di Kanada mengesahkan spesimen itu adalah reptilia marin, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ichthyosaurs.

    Ichthyosaurs hidup semasa era Mesozoic (251 juta hingga 65.5 juta tahun lalu). Ia paling banyak dan pelbagai semasa zaman Triassic dan Jurassic semasa dinosaur menguasai bumi.

    Fosil hanya daripada bahagian tulang belalai, termasuk beberapa vertebra dan rusuk, tulang lengan dan tulang abdomen yang dipanggil gastralia. Penyelidik membandingkan fosil secara komprehensif dengan reptilia marin lainnya dari awal era Triassic dan akhirnya menyimpulkan identitinya. Fosil itu sebelum ini adalah spesies yang tidak diketahui, dan penyelidik menamakannya Baisesaurus robustus, menurut kajian. – Xinhua

    Fosil spesies reptilia marin besar baharu yang sezaman dengan dinosaur ditemui di selatan China. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...