Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Republik Ireland menang bergaya

    DUBLIN, 12 JUN – Republik Ireland menamatkan penantian lama mereka untuk mencatatkan kemenangan sulung di Liga Negara-Negara selepas menewaskan Scotland 3-0 di Dublin, kelmarin.

    Ireland hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam 12 perlawanan Liga Negara-Negara tanpa meraih kemenangan, tetapi mereka berjaya menamatkan rekod tersebut selepas Alan Browne, Troy Parrott dan Michael Obafemi akhirnya berjaya menewaskan anak buah Steve Clarke.

    Scotland memulakan kempen Liga Negara-Negara mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Armenia pada Rabu lalu.

    Tetapi masa hadapan Clarke kini semakin diragui selepas kekalahan kedua dalam masa 10 hari.

    Sementara itu, Scotland ditewaskan oleh pasukan Ukraine 3-0 dalam aksi pertama mereka dalam perlawanan playoff Piala Dunia di halaman sendiri pada awal Jun yang lalu.

    Reaksi Michael Obafemi (tengah) bersama pasukannya meraikan kemenangan selepas menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Ireland dan Scot-land di Stadium Aviva, Dublin. – AFP

    Ireland tidak pernah meraih kemenangan di halaman sendiri sejak tiga tahun tetapi Stephen Kenny akhirnya mempunyai sesuatu untuk diraikan ketika pasukannya berjaya menguasai perlawanan dari awal lagi.

    Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-20 apabila Browne menjaringkan bola ke gawang selepas Shane Duffy menanduk sepakan sudut James McClean.

    Gol kedua Ireland tercipta hanya tujuh minit kemudian selepas Obafemi membuat hantaran sempurna kepada Parrot yang berjaya menanduk masuk bola ke gawang menewaskan Craig Gordon.

    Nasib Scotland bertambah malang pada separuh masa kedua apabila Obafemi membuat penampilan antarabangsa pertamanya dengan jaringan gol yang menewaskan Hearts.

    Pasukan Ireland sepatutnya memperoleh gol keempat tetapi menerusi tinjauan VAR telah menafikan jaringan Scott Hogan ketika percubaanya dihalang oleh Grant Hanley.

    Kemenangan tersebut membawa Ireland mendahului Scotland dengan perbezaan gol dalam Kumpulan B1 tetapi kedua-dua pasukan ketinggalan di belakang Ukraine, yang telah menewaskan Armenia 3-0, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...