Resepi air soda herba

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 botol air bikarbonat aiskrim soda.

1 tin laici atau longan (ambil buahnya sahaja).

6 biji asam boi putih (jumlah terpulang pada cita rasa masing-masing).

2 batang serai diketuk.

1 biji lemon dipotong bulat dan nipis.

Daun pudina (terpulang berapa helai).

Ais secukupnya.

Cara-cara membuat:

Bersihkan terlebih dahulu semua bahan hingga bersih. Potongkan buah lemon bulat dan nipis. Sediakan bekas atau juga yang sesuai untuk membuat minuman ini. Pertama sekali masukkan daun pudian secukupnya. Selepas itu masukkan lemon yang telah dipotong tadi dan diikuti dengan memasukkan asam boi putih mengikut jumlah yang diinginkan. Lalu tuangkan air aiskrim soda secukupnya dan letakkan ketulan ais. Terakhir sekali masukkan serai yang telah diketuk tadi. Selamat mencuba! – Agensi