Resipi hidangan Mi

Anda sudah ketandusan idea untuk memasak mi, kuatiew atau mihun? Di sini dikongsikan beberapa resipi hidangan mi yang mudah lagi menyelerakan:

Mi Goreng Mamak

Hidangan untuk: empat orang.

Masa penyediaan: 20 minit.

Masa memasak: 10 minit.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-1 labu bawang besar (dihiris nipis).

-8 tangkai sawi (dipotong satu inci).

-2 biji cili hijau (dipotong serong).

-2 biji ubi kentang (didadu dan rebus).

-3 keping cucur udang (dipotong kecil).

-400g mi kuning.

-200g taugeh (dibuang ekor).

-2 biji tomato (dibelah enam).

-4 tangkai daun bawang (dipotong 1 inci).

-1 keping tauhu (dibelah sembilan dan digoreng).

-2 biji telur.

-Minyak untuk menumis.

-Garam secukupnya.

Bahan sos:

-4 sudu besar sos tomato.

-2 sudu besar kicap karamel.

-1-2 sudu besar pes cili.

Cara membuat:

1-Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan bahan sos dan kacau rata.

2-Masukkan sawi, cili hijau, ubi kentang dan cucur udang. Kacau sebati.

3-Masukkan mi kuning, taugeh, tomato, daun bawang, tauhu dan garam.

4-Ketepikan bahan-bahan, pecahkan telur dan kacau sebati.

Laksa Johor

Hidangan untuk: enam orang.

Masa penyediaan: 30 minit.

Masa memasak: 40 minit.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-2 liter santan (1½ kelapa)

-500g ikan kembung (direbus, ambil isinya dan tumbuk).

-30g udang kering (direndam air panas dan tumbuk).

-2 keping asam gelugur.

-8 tangkai daun kesum.

-Tulang ikan dikisar dengan satu cawan air (ditapis).

-Minyak untuk menumis.

-Garam dan gula secukupnya.

Bahan rempah (dibancuh air jadi pes)

-2 sudu besar serbuk ketumbar.

-1 sudu besar serbuk jintan manis.

-2 sudu besar rempah kari daging.

-2 sudu besar pes cili.

Bahan sampingan

-500g spageti (direbus al dente).

-6-8 biji limau kasturi (dibelah dua).

-200g taugeh (dibuang ekor).

-1 biji timun (dihiris halus).

-40g daun selom (dihiris halus).

-12 tangkai kacang panjang (dipotong).

-Sambal (kisar 6 biji cili merah, 7-8 biji cili padi, 2cm belacan bakar, garam dan gula secukup rasa).

Bahan kisar

-8 biji bawang merah.

-4 ulas bawang putih.

-3cm halia.

-3cm lengkuas.

-2 batang serai.

Cara membuat:

1-Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2-Masukkan bahan rempah, kacau.

3-Apabila terbit minyak, taungkan santan, udang kering dan ikan masin. Kacau sekali-sakala sehingga mendidih.

4-Masukkan isi ikan, air tulang ikan, asam gelugur, daun kesum, garam dan gula. Masak sehingga minyak terbit lagi, kemudian angkat. Sajikan dengan bahan sampingan.

Laksam

Hidangan untuk: enam orang.

Masa penyediaan: 25 minit.

Masa memasak: 45 minit.

Bahan laksam:

-3 cawan tepung beras.

– ½ cawan tepung serbaguna.

-4 cawan air suam.

Bahan kuah:

-1 ½ liter air rebusan ikan.

-6-7 ekor ikan kembung atau selar (direbus, ambil isi dan dikisar).

-5 biji bawang merah (dikisar).

-3 ulas bawang putih (dikisar).

-1 inci halia (dikisar).

-1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus).

-600ml santan ( 1 ½ kelapa).

-2-3 keping asam gelugur

-Minyak untuk melengser

-Garam dan gula secukupnya.

Bahan sampingan:

-Timun.

-Kacang panjang.

-Taugeh.

-Daun kesum (dihiris halus).

-Sambal (kisar cili merah, belacan, garam dan jus limau).

Cara membuat:

1-Laksam: Kacau tepung beras, tepung gandum dan air suam sehingga sebati.

2-Sapukan sedikit minyak di atas kukus pinggan, tuangkan adunan (cara membuat 1). Kukus sehingga masak, kemudian gulung dan dipotong.

3-Kuah: Kisar sedikit air rebusan ikan  dan tulang ikan, tapiskan ke dalam periuk. Masukkan isi ikan dan baki air rebusan.

4-Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, santan dan asam gegulur. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Sajikan dengan laksam dan bahan sampingan.