Resipi hidangan tembikai

Pelbagai resipi dapat dihidangkan melalui bahan bersumberkan tembikai.

Namun, ada kalanya hanya bersumberkan nama sahaja.

Di sini dikongsikan beberapa resipi menarik yang mudah untuk anda ikuti:

Sayur Kampung Kulit Tembikai

Bahan-bahan diperlukan:

-Isi tembikai yang putih (lepas kita ambil isi merah yang manis) – buang kulit hijau yang keras tu

-2-3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat.

-1/2 biji bawang besar, dihiris.

-Ikan bilis, rendam sekejap supaya lembut dan ditumbuk kasar.

-2 biji cili api ditumbuk. Kalau mahu pedas, boleh tambah lagi.

-Garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan dan memasak:

1-Campur semua bahan dalam periuk. Masukkan air hingga isi tembikai tenggelam.

2-Biarkan mendidih hingga semua isi tembikai masak. (sebelum masak warna putih. Apabila sudah masak menjadi jernih)

3-Masukkan garam dan gula secukupnya. Tutup api.

4-Sangat sedap kalau dimakan dengan nasi dan ikan goreng. Mantap! Selamat mencuba.

Kek Lapis Tembikai

Bahan-bahan diperlukan:

-5 biji telur.

-225g mentega.

-1 cawan gula halus.

-1 cawan susu tepung

-1 cawan tepung gandum

– ½ cup Horlicks

– ½ tin kecil seri kaya

– ½ tin susu pekat manis

– 1 sudu teh esen vanila

– Kismis hitam secukupnya

– Pewarna merah atau perasa strawberi

– Pewarna hijau atau perasa pandan

Cara menyediakan dan memasak:

1-Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu. Kemudian dipukul lagi. Masukkan pula tepung gandum atau tepung hong kong. Manakala susu tepung dan Horlicks perlulah diayak terlebih dahulu. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan susu pekat manis serta seri kaya. Pukul hingga adunan sebati.

2-Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 3 senduk dicampurkan dengan pewarna hijau (perasa pandan), 2 senduk di biarkan dengan warna asli, selebihnya dicampurkan dengan warna merah (perasa strawberi).

3-Sediakan loyang yang telah dialaskan dengan baking paper dan sedikit mentega. Kukus warna hijau dahulu, kemudian warna asli dan akhir sekali warna merah. Taburkan kismis hitam di atas lapisan merah. Satu lapis kukus dalam 7-10minit. Setelah selesai melapis, kukus kek selama ½ jam – 1jam untuk kek masak sempurna.