Respons Eva dikecam sudah tua

Eva Mendes membidas kembali kecaman yang mengatakan dia sudah tua dengan respons yang dianggap hebat!

Eva Mendes bukan seorang artis yang mudah membiarkan orang menjatuhkannya. Malah dalam hal ini juga, dia juga tidak hanya mengabaikan kebencian, terutama ketika sesuatu itu menjadi masalah dalam masyarakat umum yang perlu ditangani.

Terdapat satu makhluk yang menyatakan bahawa Eva seorang pelakon yang sudah ‘bertambah tua’, walau sememangnya dia sudah berumur 45 tahun, tetapi dia tidak ragu-ragu untuk memberikan maklum balas. Semuanya bermula apabila Eva memaparkan gambar di mana dia mempamerkan rambutnya yang baharu.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk peminat memuji penampilannya yang cantik dan bergaya tetapi apa yang benar-benar menangkap perhatiannya adalah komen negatif daripada makhluk yang merasakan keperluan untuk menulis bahawa dia sudah tua! Mendes memberikan respons yang hebat, bagaimanapun, dia menulis komen di mana dia membincangkan keindahan penuaan.

‘Ya anda betul. Syukurlah saya semakin tua. Ini bermakna saya masih hidup hingga kini. Saya akan menjadi 46 tahun tidak lama lagi dan berterima kasih setiap hari bahawa saya alami penuaan. Adakah komen anda sepatutnya membuat saya berasa tersinggung? Setentunya tidak. Ia membuatkan saya berasa bersyukur. Jadi terima kasih atas peringatan untuk saya masih di sini.’

Eva mendapat kecaman tentang penampilannya yang dilabelkan sebagai pelakon yang sudah tua. –Agensi

Respons yang sangat hebat! Malah hakikatnya, manusia dan wanita khususnya, sentiasa tertekan untuk kekal muda selama-lamanya, yang jelas tidak masuk akal dan mustahil.

Melihat keindahan dari segi dalamannya dan pada dasarnya bersyukur untuk hidup adalah cara yang terbaik untuk menangani penuaan dan mesej Eva benar-benar boleh membantu ramai untuk mula merasa sama.

Dalam perkara berkenaan, bukan hanya Eva yang memberi maklum balas pada insan tersebut, ada juga pengikutnya turut menyokong. – Agensi