Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Responsif, adaptif dalam menangani cabaran sekuriti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Peralihan dalam landskap geo-strategik global telah menjana cabaran dan ancaman sekuriti pelbagai dimensi serta mendedahkan kelemahan baharu.

    Oleh itu, adalah amat penting untuk menjadi responsif, adaptif dan berdaya tahan supaya dapat menangani serta menahan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

    “Kita perlu untuk membuka peluang-peluang kerjasama yang baharu, mempunyai sebuah komitmen serta tanggungjawab bersama dalam menangani cabaran-cabaran sekuriti bersama supaya dapat mengekalkan kestabilan dan keamanan.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dalam ucapan alu-alunnya pada Majlis Pembukaan Kursus Maktab Turus Sesi ke-12 yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB, hari ini.

    Ke arah itu, beliau menyatakan harapan supaya para peserta kursus akan mengambil peluang untuk mengasah dan memupuk lagi kemahiran komunikasi, kepimpinan dan analisis mereka serta pada masa yang sama meningkatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan menerusi keterbukaan dan rasa ingin tahu serta mengembangkan lagi rangkaian minat profesional mereka.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyeru para peserta untuk secara aktif terlibat, mencabar diri dan melangkah di luar zon keselesaan mereka supaya mendapat manfaat pengalaman sepanjang kursus berkenaan.

    Terdahulu dalam ucapan itu, beliau berkata bahawa para peserta kursus akan memulakan perjalanan pembangunan profesional di mana pembelajaran strategik dan operasi dalam sekuriti dan pertahanan akan menjadi asas bagi kursus mereka.

    Perjalanan pembangunan profesional itu akan melengkapkan mereka dengan konsep, ilmu pengetahuan dan kemahiran akan membantu peralihan para peserta daripada pengurusan tengah menjadi pegawai-pegawai kanan serta menghubungkan jurang antara prinsip abstrak dan realiti.

    Di samping itu, kepelbagaian kumpulan peserta berkenaan menyediakan sebuah platform interaktif pelbagai perspektif, membolehkan mereka untuk belajar di antara satu sama lain, memperoleh pemandangan baharu serta mengembangkan kefahaman mereka supaya dapat berhadapan dengan cabaran.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyampaikan kata alu-aluannya di Majlis Pembukaan Kursus Maktab Turus Sesi Ke-12 yang berlangsung di Auditorium Akademik Pertahanan ABDB, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...