Ressa disabit kes fitnah siber

MANILA, 15 JUN – Wartawan berprofil tinggi, Maria Ressa disabitkan dengan satu kes fitnah siber, yang mana penyokong kebebasan media menuduh ia tindakan untuk mendiamkan kritikan terhadap Presiden Filipina, Duterte.

Ressa, 56, dan portal beritanya, Rappler menjadi sasaran tindakan undang-undang dan tuduhan selepas menerbitkan berita mengkritik dasar Duterte termasuk perang dadah yang membunuh ribuan orang.

Wartawan itu bagaimanapun bebas dengan jaminan selepas keputusan rayuan ditangguhkan dan jika didapati bersalah, dia boleh dihukum sehingga enam tahun.

“Kita akan menolak sebarang serangan terhadap kebebasan media,” kata Ressa kepada wartawan selepas disabitkan kesalahan itu di Manila. – AFP