Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Ressa kalah rayuan saman fitnah siber

    MANILA, 8 JULAI – Pemenang Hadiah Nobel Filipina, Maria Ressa kalah dalam rayuan bagi sabitan kesalahan saman fitnah siber, laman beritanya, Rappler mengatakan hari ini, tamparan terbaharu kepada wartawan veteran itu.

    Ressa, 58, dan bekas rakan sekerjanya, Rey Santos Jr berdepan hukuman penjara panjang, namun syarikat mengatakan mereka akan ‘mengambil semua pendekatan undang-undang yang boleh digunakan oleh kedua-duanya,’ termasuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

    Keputusan mahkamah dibuat kurang dua minggu selepas pihak berkuasa Filipina mengarahkan Rappler ditutup menjelang hari-hari terakhir bekas presiden Rodrigo Duterte memimpin.

    Rappler hari ini menggelar keputusan untuk menegakkan sabitan 2020 itu sebagai ‘malang,’ mengatakan ia ‘melemahkan keupayaan wartawan untuk berpegang kepada kuasa untuk melaporkan berita.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...