ADELAIDE, Australia, 28 Sept – Sebuah kedai piza Australia yang menggantung lembu tenusu yang telah ditaksidermikan atau diawet pada silingnya untuk menarik perhatian perindustrian perladangan telah dikritik dalam media sosial kerana bersikap kejam.
Pemilik Federico dan Melissa Pisanelli, yang bersemangat mengenai kebajikan haiwan, mempertahankan keputusan mereka untuk menggantung lembu Friesian-Hereford besar daripada kaki belakangnya, berkata mahu mengingatkan pengunjung tentang bagaimana daging diperoleh.
“Kami telah bekerja keras untuk mendidik mengenai asal usul makanan yang kami sajikan,” beritahu Melissa Pisanelli kepada AFP di restoran Etica di selatan bandar Adelaide, yang mempunyai daging dan tenusu dalam menunya.
“Ia menceritakan tentang bagaimana industri telah diindustrikan, dan bagaimana ia bergerak dalam cara yang tidak sealiran dengan tanggapan pengguna.
Federico Pisanelli berkata mereka juga mahu pemasangan konfrontasi, iaitu di atas meja makan, untuk mencabar “pemandangan lembu gembira dan padang rumput hijau.”

“Ia adalah tidak menyenangkan untuk melihat pada lembu seperti itu disebabkan ia bercanggahan dengan perlambangan biasa lembu tenusu.”
Pemasangan itu telah mencetuskan perdebatan dalam laman Facebook restoran, dengan seorang pengguna menuduh pemilik restoran sebagai mempromosi “kekejaman, kejahilan dan percanggahan.”
“Jika anda merupakan restoran untuk orang yang makan sayur sahaja, ia masuk akal. Memandangkan restoran anda bukan untuk mereka yang makan sayur, anda menjadikan lembu sebagai alat perhiasan asli,” tulis seorang lagi.
Namun bukan semua pengulas bersikap mengkritik.
“Tidak banyak restoran yang rela memulakan perbualan mengenai di mana datangnya makanan mereka,” tulis seorang pengguna.
“Kami perlu berhenti melihat daging sebagai sesuatu yang datang dari pasar raya dan memahami kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh haiwan,” tulis seorang lagi pengguna.
Pisanelli berkata mereka telah berdepan dengan banyak “pandangan yang salah” di media sosial mengenai pemasangan itu, namun juga menerima banyak e-mel yang positif. – AFP