Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Restoran Gordon Ramsay diserbu aktivis

    LONDON, 20 NOV – Aktivis perubahan iklim menghuni restoran Michelin tiga bintang milik Gordon Ramsay di London petang semalam, menuntut pembaikpulihan sistem makanan di UK.

    Seramai 14 anggota ‘Animal Rebellion’ memasuki Restoran Gordon Ramsay di Chelsea, barat daya London, pada pukul 6 petang dan duduk di meja yang dikhaskan untuk tetamu.

    Mereka memegang menu contoh yang memperincikan kesan alam sekitar bagi hidangan yang ditawarkan di restoran itu, dan hanya meninggalkan tempat itu apabila restoran ditutup beberapa jam kemudian.

    “Restoran mewah ini melambangkan ketidaksamaan yang kami hadapi di UK sekarang, selain enggan menerima kesan teruk krisis iklim,” kata kumpulan itu di Twitter.

    “Kami memerlukan perubahan dramatik dalam sistem makanan UK, dan kami semua perlu bertanggungjawab,” tambahnya.

    Jurucakap Restoran Gordon Ramsay berkata: “Semua orang berhak meluahkan pendapat dan kepercayaan mereka.

    “Bagaimanapun, untuk menyerbu masuk ke dalam restoran, mengganggu kakitangan yang menjalankan tugas dan menjejaskan makan malam tetamu yang telah menunggu beberapa bulan untuk tempahan mereka adalah tidak wajar dan amat biadab.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...