Restoran i-Lotus kembali dengan promosi hebat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Restoran i-Lotus kembali lagi dengan Promosi All-You-Can-Eat Seafood Grill yang menjadi kegemaran ramai, sempena bulan Ramadan ini.

Restoran i-Lotus, yang boleh menampung seramai 200 orang pelanggan, terkenal dengan masakan laut secara langsung, mempunyai pelbagai pilihan, pencuci mulut dan banyak lagi.

Tahun ini, menu masakan lebih kurang seperti tahun lepas, di mana beberapa pilihan kegemaran pelanggan dihidangkan untuk berbuka seperti masakan laut secara langsung dengan rasa pilihan sendiri iaitu BBQ, Mongolian dan Sambal.

Untuk menu utama berbuka, restoran berkenaan menyediakan lebih kurang 10 hidangan yang terdiri daripada makanan Indonesia, Malaysia, dan Thailand seperti udang masak kari merah, daging dan lobak serta banyak lagi.

Selain itu, kuih muih seperti Kek Lapis Pandan dan Kek Pandan memiliki rasa asli pandan tanpa campuran perasa dan pewarna, juga disediakan sebagai pembuka selera, manakala itu, hidangan pencuci mulut pula terdiri dari Thai Crepe, Takoyaki dan banyak lagi.

Sempena bulan Ramadan ini, i-Lotus juga menyediakan Seafood Grill dan stimbot untuk sahur.

Di samping itu, sempena bufet Ramadan ini, i-Lotus turut menawarkan diskaun 10 peratus bagi pengguna kad kredit klasik dan emas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Manakala itu, di bawah Baiduri Deals Apps, 100 orang pelanggan terawal akan diberikan diskaun $10 dalam satu resit bermula pertengahan Mei. Ahli i-Lotus juga diberikan diskaun bermula hari Isnin hingga Khamis.

Para pekerja Restoran i-Lotus menyediakan hidangan kegemaran ramai.
Antara hidangan menarik di Restoran i-Lotus.